KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA BERASASKAN ALAM SEKITAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN PELAJAR

No Thumbnail Available

Date

2014-06-26

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Abstract

Media pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu media yang dapat di gunakan dalam P&P adalah Media Berasaskan Alam Sekitar (MBAS). Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan MBAS yang berasaskan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi meningkatkan kemahiran proses sains (KPS) dan pencapaian sains pelajar Sekolah Menengah Pertama Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Kajian ini mengembangkan 4 buah modul bercetak yang terdiri dari 8 sub-tajuk. Kajian ini mengunakan kaedah eksperimen-kuasi dengan rekabentuk “non- equivalent control group design”. Kajian melibatkan sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan menggunakan modul alam sekitar. Manakala kumpulan kawalan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan 64 pelajar di sebuah sekolah menengah di Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah ujian Kemahiran Proses Sains (KPS) dan ujian pencapaian pelajar. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA dan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan KPS dan pencapaian dalam sains antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi MBAS dengan kumpulan pelajar yang mengikuti strategi konvensional. Kajian menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan MBAS telah memberikan kesan positif terutamanya apabila menggunakan alam sekitar terhadap KPS pelajar dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sains.

Description

Keywords

Citation