KEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA BERASASKAN ALAM SEKITAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN PELAJAR

dc.contributor.authorVebrianto, Rian
dc.contributor.authorOsman, Amisah
dc.date.accessioned2014-06-26T02:18:41Z
dc.date.available2014-06-26T02:18:41Z
dc.date.issued2014-06-26
dc.description.abstractMedia pengajaran merupakan komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Salah satu media yang dapat di gunakan dalam P&P adalah Media Berasaskan Alam Sekitar (MBAS). Kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan penggunaan MBAS yang berasaskan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains bagi meningkatkan kemahiran proses sains (KPS) dan pencapaian sains pelajar Sekolah Menengah Pertama Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Kajian ini mengembangkan 4 buah modul bercetak yang terdiri dari 8 sub-tajuk. Kajian ini mengunakan kaedah eksperimen-kuasi dengan rekabentuk “non- equivalent control group design”. Kajian melibatkan sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menggunakan menggunakan modul alam sekitar. Manakala kumpulan kawalan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensional. Kajian ini dijalankan ke atas sekumpulan 64 pelajar di sebuah sekolah menengah di Siak Sri Inderapura, Riau Indonesia. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah ujian Kemahiran Proses Sains (KPS) dan ujian pencapaian pelajar. Analisis dapatan kuantitatif dilakukan secara deskriptif yang kemudiannya disusuli dengan analisis inferensi menggunakan ujian ANOVA dan MANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengetahuan KPS dan pencapaian dalam sains antara kumpulan pelajar yang mengikuti strategi MBAS dengan kumpulan pelajar yang mengikuti strategi konvensional. Kajian menyimpulkan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan MBAS telah memberikan kesan positif terutamanya apabila menggunakan alam sekitar terhadap KPS pelajar dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran sains.en_US
dc.description.sponsorshipSeminar Pendidikan Serantau 2011en_US
dc.identifier.issn078-602-19531-0-5
dc.identifier.otherwahyu sari yeni
dc.identifier.urihttp://repository.unri.ac.id/xmlui/handle/123456789/6410
dc.language.isoenen_US
dc.titleKEBERKESANAN PENGGUNAAN MEDIA BERASASKAN ALAM SEKITAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DAN PENCAPAIAN PELAJARen_US
dc.typeUR-Proceedingsen_US

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
21.pdf
Size:
47.27 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
artikel
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: