MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS POSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

dc.contributor.authorSuhaila, Nany
dc.contributor.authorAziz, Zahara
dc.date.accessioned2014-06-26T03:06:01Z
dc.date.available2014-06-26T03:06:01Z
dc.date.issued2014-06-26
dc.description.abstractPembentukan kurikulum sains di Malaysia adalah berlandaskan kepada falsafah pendidikan sains negara yang bertujuan melahirkan generasi yang menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi. Penaksiran Kerja Amali (PEKA) sains telah dilaksanakan pada tahun 1999, yang merangkumi 3 dimensi iaitu kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penerapan nilai-nilai murni. Kajian ini bertujuan meningkatkan tahap kemahiran asas proses sains yang meliputi tiga konstruk iaitu pemerhatian, pengkelasan, pengukuran. Kajian ini melibatkan seramai 38 orang pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Penilaian adalah berdasarkan kriteria Penaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kajian tindakan yang mengandungi empat fasa iaitu kenal pasti masalah (ujian pra), perancangan, membuat tindakan dan penilaian (ujian pos). Setiap konstruk di nilai mengikut skor iaitu skor 1(lemah), skor 2 (sederhana) dan skor 3 (baik). Dapatan kajian mendapati bahawa 100% pelajar menunjukkan peningkatan kepada tahap yang lebih baik. Implikasi dari kajian ini mencadangkan bahawa kemahiran asas proses sains perlu dibangunkan bagi memupuk pembudayaan sains dalam kalangan pelajar seterusnya mendorong kepada pemikiran yang proaktif, kritis dan kreatif yang sejajar dengan perkembangan arus sains dan teknologi masa kini.en_US
dc.description.sponsorshipSeminar Pendidikan Serantau 2011en_US
dc.identifier.isbn078-602-19531-0-5
dc.identifier.otherwahyu sari yeni
dc.identifier.urihttp://repository.unri.ac.id/xmlui/handle/123456789/6427
dc.language.isoenen_US
dc.titleMENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS POSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAHen_US
dc.typeUR-Proceedingsen_US

Files

Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
98_9.pdf
Size:
60.73 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description:
artikel
License bundle
Now showing 1 - 1 of 1
No Thumbnail Available
Name:
license.txt
Size:
1.71 KB
Format:
Item-specific license agreed upon to submission
Description: