MENINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS POSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
No Thumbnail Available
Files
Date
2014-06-26
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pembentukan kurikulum sains di Malaysia adalah berlandaskan kepada falsafah pendidikan sains negara
yang bertujuan melahirkan generasi yang menguasai ilmu sains dan berketrampilan teknologi. Penaksiran
Kerja Amali (PEKA) sains telah dilaksanakan pada tahun 1999, yang merangkumi 3 dimensi iaitu
kemahiran proses sains, kemahiran manipulatif dan penerapan nilai-nilai murni. Kajian ini bertujuan
meningkatkan tahap kemahiran asas proses sains yang meliputi tiga konstruk iaitu pemerhatian,
pengkelasan, pengukuran. Kajian ini melibatkan seramai 38 orang pelajar tingkatan 1 di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur. Penilaian adalah berdasarkan kriteria Penaksiran
Kerja Amali (PEKA) Sains yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Penyelidikan
ini menggunakan kaedah kajian tindakan yang mengandungi empat fasa iaitu kenal pasti masalah
(ujian pra), perancangan, membuat tindakan dan penilaian (ujian pos). Setiap konstruk di nilai mengikut
skor iaitu skor 1(lemah), skor 2 (sederhana) dan skor 3 (baik). Dapatan kajian mendapati bahawa
100% pelajar menunjukkan peningkatan kepada tahap yang lebih baik. Implikasi dari kajian ini
mencadangkan bahawa kemahiran asas proses sains perlu dibangunkan bagi memupuk pembudayaan
sains dalam kalangan pelajar seterusnya mendorong kepada pemikiran yang proaktif, kritis dan kreatif
yang sejajar dengan perkembangan arus sains dan teknologi masa kini.