KRANGKA KERJA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF DALAM BILIK DARJAH
No Thumbnail Available
Files
Date
2014-06-26
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kemahiran metakognitif memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran pelajar. Dapatan
kajian lepas mencadangkan bahawa pelajar yang mempunyai kemahiran metakognitif yang tinggi akan
dapat mengurus, mengawal dan bertanggungjawab ke atas proses pembelajarannya sendiri. Ciri ini
penting untuk membangunkan pelajar terutamanya dalam pembentukan karekter pelajar dalam
persekitaran pembelajaran yang semakin mencabar sekarang. Kertas ini membincangkan satu kerangka
kerja yang mencadangkan bagaimana kemahiran metakognitif pelajar dapat dibangunkan dalam bilik
darjah. Kerangka kerja ini akan menjelaskan bagaimana tiga elemen penting dalam strategi pengajaran
yang telah dikenal pasti iaitu meta-tumpuan, meta-pemahaman dan refleksi metakognitif dapat disebatikan
dalam pengajaran untuk membangunkan kemahiran metakognitif pelajar.