HUBUNGAN ANTARA BANTUAN RASKIN TERHADAP KETAHANAN PANGAN DI KOTA PEKANBARU
No Thumbnail Available
Date
2013
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kemiskinan bandar bukan hanya berpunca daripada kurang upaya dari segi akses kepada sumber ekonomi tetapi ada kemungkinan kemiskinan sebegini disebabkan oleh kurang upaya untuk mendapatkan keperluan harian. Malah kemiskinan sebegini juga turut dipengaruhi oleh sikap malas, kekurangan pengalaman, ketiadaan modal untuk berusaha mendapatkan sara hidup serta dikelilingi oleh kekangan yang menghambat kehidupan mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Sehubungan dengan itu, peranan kerajaan amat penting bagi menyediakan pelbagai program bagi menangani isu kemiskinan bandar. Salah satu program adalah program bantuan Raskin. Program Raskin ini banyak manfaatnya. Di antara manfaatnya ialah, mengukuhkan aspek keselamatan makanan bagi keluarga miskin, dimana, program ini mewujudkan peningkatan kualiti sumber manusia dengan menyokong aktiviti pertanian seperti penanaman padi bagi meningkatkan ekonomi tempatan. Kertas kerja ini memaparkan hasil kajian yang menunjukkan hubungan bantuan dan signifikan Program Raskin bagi meningkatkan keselamatan makanan untuk keluarga miskin dan nilai R Square 0591. Manakala nilai magnitud koefisien determinan 0.591 atau bersamaan 59.1%.
Description
Keywords
Program Raskin, kemiskinan bandar, keselamatan makanan bagi keluarga miskin