UR - Proceedings
Permanent URI for this community
Browse
Browsing UR - Proceedings by Author "Abdullah, Abdul Halim"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item PEMBANGUNAN AKTIVITI BERDASARKAN FASA-FASA PEMBELAJARAN GEOMETRI VAN HIELE DALAM PERSEKITARAN PERISIAN GEOMETER’S SKETCHPAD (GSP)(2014-06-26) Abdullah, Abdul Halim; Zakaria, EffandiTujuan artikel ini adalah untuk menerangkan aktiviti-aktiviti yang dibangunkan berdasarkan kepada fasa-fasa pembelajaran geometri Van Hiele dalam persekitaran perisian Geometer’s Sketchpad (GSP). Pembelajaran geometri yang berkesan tidak sama dengan pembelajaran bagi topik-topik Matematik yang lain. Justeru fasa-fasa pembelajaran geometri sebagaimana yang dicadangkan dalam Model Van Hiele iaitu informasi, orientasi terarah, penjelasan, orientasi bebas dan integrasi boleh dijadikan rujukan bagi membangunkan aktiviti-aktiviti pembelajaran geometri kerana ia menjadikan pembelajaran geometri lebih bersistematik dan mampu membantu pelajar meningkatkan tahap pemikiran geometri mereka. Selain itu, kemunculan perisian geometri dinamik terutamanya perisian GSP memudahkan lagi proses pembelajaran geometri pelajar. Kelebihan ciri-ciri yang dimiliki oleh GSP menjadikan pembelajaran geometri pelajar lebih bermakna dan berkesan. Oleh yang demikian, contoh-contoh aktiviti dalam persekitaran perisian GSP yang dibangunkan ini dapat menggambarkan bagaimana fasa-fasa pembelajaran geometri Van Hiele dalam dilaksanakan dalam bilik darjah untuk topik Ciri-Ciri Bentuk Sisi Empat tingkatan dua.