Politik Media Era Reformasi 1998-2010
No Thumbnail Available
Date
2015-10-12
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Sistem pers era reformasi di Indonesia tahun 1998-2010 yang boleh pengkaji
merincikan ialah pertama, sistem media era reformasi tahun 1998-2010 mengalami
perubahan dari struktur kepemilikan media yang dimiliki oleh kumpulan gergasi media
dan hubungan antara kepemilikan media dengan parti politik besar di Indonesia.
Kepentingan parti-parti politik besar tersebut tidak lepas dari sistem politik dan
ekonomi yang sedia ada. Kedua, fenomena politik media dalam sistem media di
Indonesia. Politik media menentukan sistem politik dan sistem media yang dibawa oleh
ahli-ahli politik, wartawan untuk mempengaruhi masyarakat. Media menetukan isu-isu
yang dibawa oleh ahli politik, wartawan dan masyarakat. Ketiga, fenomena bentukbentuk
kawalan terhadap institusi media di Indonesia era reformasi mempunyai
kelemahan undang-undang akhbar yang telah pun dikekalkan pada tahun 1999.
Kawalan media terhadap institusi media sangat menentukan corak dan ragam
kandungan media kerana kuasa kawalan bergantung kepada kuasa pemilik modal,
kuasa pemerintah dan kuasa masyarakat