MOTIVASI KERJA DAN KOMPETENSIPROFESIONALISME GURU-GURU SMAN PEKANBARU INDONESIA
No Thumbnail Available
Date
2014-01-29
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti tahap motivasi kerja dan kompetensi profesional
dalam kalangan guni-guru SMAN Pekanbaru bagi menilai mutu dan kualiti pendidikan di SMAN dari
segiperanan dan komitmen gum-guru terhadap bidang keguruan. Motivasi kerja meliputi ciri-ciri beikut:
(1) keinginan untuk berjaya, (2) inisiatifketika bekerja, (3) akauntabilitiprofesional serta (4) semangat
bekerja dan ketekunan bekerja manakala kompetensi profesionalisme dalam kajian ini pula merujuk
kepada ciri-ciri berikut: (1) menguasai matlamatyang berkaitan landasan pendidikan, visi dan misi, (2)
memahami dan menguasai sepenuhnya standard pendidikan nasional serta (3) memahami langkahlangkah
mengembangkan bahan kurikulum dan bahan pelajaran di bilik darjah. Kajian ini berbentuk
tinjauan menggunakan instrumen soal selidik untukdiedarkan kepada 327 orangguru dalam kalangan
SMAN Pekanbaru, Indonesia yang melibatkan pemegang Ijazah Sarjanamuda (SI) dan Sarjana (S2).
Dapatan kajian tentang tahap motivasi kerja menunjukkan ciri-ciri motivasi kerja yang paling menonjol
ialah keinginan untuk berjaya. Hal ini bermaksud guru-guru SMAN Pekanbaru mempunyai dorongan
internal untuk berjaya dalam kerjaya, manakala ciri-ciri yang lain hanya berada pada tahap yang
sederhana tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min motivasi kerja guru lelaki dengan
guru perempuan SMAN Pekanbaru, Riau, Indonesia. Tahap kompetensi profesional guru-guru SMAN
di Pekanbaru, Riau, Indonesia adalah pada tahap yang cukup berkompetensi dengan nilai min skor
70.02. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min kompetensi profesional guru lelaki dengan
guru perempuan iaitu guru perempuan memiliki kompetensi profesional yang lebih tinggi berbanding
guru lelaki.