RETORIK GAYA DALAM MEMBENTUK KARAKTER BANGSA

No Thumbnail Available

Date

2014-06-26

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Abstract

Salah satu cabang ilmu pengetahuan yang memusatkan perhatian kepada aktiviti lisan dan kegiatan bertutur ialah retorik. Maka kajian ini bertujuan untuk meninjau kekuatan retorik gaya dalam ceramah. Kajian kualitatif ini menggunakan empat buah teks ceramah tokoh sebagai korpus kajian. Data dianalisis menggunakan model skema dan trope yang dikemukakan oleh Corbett dalam teori Retorik Aristotle. Kajian ini merupakan kaedah analisis kandungan. Data teks ceramah spontan ditransliterasikan dan dianalisis berdasarkan 19 ciri retorik gaya skema dan 17 ciri retorik gaya trope. Dapatan kajian menunjukkan bahawa retorik skema gaya pengulangan lebih mendominasi penggunaannya berbanding retorik skema gaya seimbang, hiperbaton, dan pengguguran. Manakala dalam retorik gaya trope, gaya motonimi dan gaya hiperbola lebih mendominasi berbanding yang lain. Dapatan juga menunjukkan penggunaan retorik gaya yang pelbagai turut memberi sumbangan besar dalam menjayakan sesebuah ucapan. Selain itu, didapati retorik dalam ceramah merupakan satu kemahiran yang boleh dilatih dan diajar dalam menentukan kredibiliti pengucap dalam membentuk karakter bangsa. Kehebatan retorik gaya dalam ceramah turut membantu mengubah fikiran dan tindakan khalayak. Kepelbagai retorik gaya yang dihasilkan menunjukkan bahawa retorik gaya mampu membantu meningkatkan kemahiran komunikasi selaras dengan cabaran alaf ke-21. Hal ini membuktikan retorik gaya merupakan alat untuk menyampaikan mesej berkualiti sekali gus membentuk karakter bangsa yang berketerampilan dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial dan ekonomi.

Description

Keywords

Citation