DSpace Repository

ATRIBUT PEMIMPIN SEKOLAH KE ARAH KELESTARIAN KEPIMPINAN: SATU KAJIAN DELPHI

Show simple item record

dc.contributor.author Goolamally, Norlia
dc.contributor.author Ahmad, Jamil
dc.date.accessioned 2014-06-26T02:59:20Z
dc.date.available 2014-06-26T02:59:20Z
dc.date.issued 2014-06-26
dc.identifier.isbn 078-602-19531-0-5
dc.identifier.other wahyu sari yeni
dc.identifier.uri http://repository.unri.ac.id/xmlui/handle/123456789/6425
dc.description.abstract Pengetua sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan kualiti dan kecemerlangan serta merupakan tonggak kejayaan sesebuah organisasi sekolah. Sekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat-sifat kepemimpinan yang berkesan. Sesungguhnya, kecemerlangan sekolah memerlukan seorang pengetua yang mempunyai karakter yang baik dan unggul. Pemilihan dan prosedur kenaikan pangkat pengetua-pengetua sekolah perlu mengikut satu method yang ditentusahkan. Keseluruhan proses ini perlu dikaji semula untuk menjamin kualiti dan ketinggian mutu pendidikan negara. Pemilihan secara terus mengikut senioriti atau kekananan serta kompetensi tugas melalui penilaian kemahiran pengurusan dan pentadbiran yang diamalkan masa kini adalah tidak begitu jelas kesesuaiannya dalam melestarikan kepimpinan pengetua. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti dan mengesahkan kerangka konsep serta atribut pemimpin sekolah (pengetua sekolah) ke arah kelestarian kepimpinan dan kecemerlangan sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah Delphi yang melibatkan temu bual dan pengesahan daripada tujuh orang yang pakar dalam bidang pendidikan. Kajian ini mendapati terdapat terdapat lima tret atau atribut penting yang perlu ada bagi seorang pemimpin sekolah atau pengetua sekolah bagi menjadikan sekolah cemerlang dan mewujudkan kepimpinan yang lestari. Lima atribut tersebut ialah atribut Integriti yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Berpendirian dan Rendah Hati, atribut Pandang ke Hadapan yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pemangkin Strategik dan Penggerak Minda, Atribut Inspirasi yang mempunyai dua sub-atribut iaitu Pendorong dan Berpengaruh, atribut Kompetensi yang mempunyai sub-atribut Kompetensi Tugas (terdapat dua komponen iaitu berorientasi Tindakan dan Sosioabiliti), Kompetensi Emosi dan Kompetensi Rohani, dan atribut Efikasi Kendiri. en_US
dc.description.provenance Submitted by wahyu sari yeni (ayoe32@ymail.com) on 2014-06-26T02:59:19Z No. of bitstreams: 1 88_15.pdf: 124273 bytes, checksum: 95e6445bd1b7ae844254587a12ab16f7 (MD5) en
dc.description.provenance Made available in DSpace on 2014-06-26T02:59:20Z (GMT). No. of bitstreams: 1 88_15.pdf: 124273 bytes, checksum: 95e6445bd1b7ae844254587a12ab16f7 (MD5) en
dc.description.sponsorship Seminar Pendidikan Serantau 2011 en_US
dc.language.iso en en_US
dc.title ATRIBUT PEMIMPIN SEKOLAH KE ARAH KELESTARIAN KEPIMPINAN: SATU KAJIAN DELPHI en_US
dc.type UR-Proceedings en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Browse

My Account