Browsing by Author "Alinor bin Abdul Kadir, Mohammad"
Now showing 1 - 1 of 1
Results Per Page
Sort Options
Item PERKEMBANGAN LOGIK DI INDIA DAN PENGARUHNYA KEPADA ALAM MELAYU(2012-11-09) Alinor bin Abdul Kadir, MohammadPada Makalah ini akan dibincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolaholah seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski (1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah/Barat, Islam dan India. Pengiktirafan Bochenski tersebut tidaklah bermaksud tiadanya langsung wujud perbincanganperbincangan berkenaan perkembangan logik di India sebelumnya, ini cumaM bermaksud perbincangan tersebut berpindah dikalangan sejarawan kepada logikawan. Selepas daripadanya, logik India mula dikaji secara lebih saintifik, terutamanya dibandingkan dengan logik Barat. Makanya, banyak dasar-dasar logik India disamatarafkan dengan dasar-dasar logik Barat. Namun, satu perkara yang masih belum dijelaskan dengan baik adalah, adakah logik Greek ambilan daripada logik India, atau sebaliknya? Tiada yang mampu membahas isu ini. Satu perkara lagi yang tidak dijelaskan dengan baik adalah tentang hubungan India dengan Alam Melayu dalam bidang logik. Selalunya, apabila berbicara berkenaan logik di Alam Melayu, semuapun yang berbincang berkenaan sejarah logik di dunia menyepi, kalau adapun, sekali-sekala tersentuhlah beberapa wilayah berkaitan Alam Melayu, seperti "Funan", "Campa", "Sriwijaya", "Acheh", "Patani", "Melaka" dan sebagainya. Inilah sahaja pengiktirafan tarhadap perkembangan logik di Alam Melayu yang ditulis oleh sejarawan logik India dan Islam. Sejarawan logik Eropah/Barat mungkin sahaja tidak tahu dimanakah kedudukan yang digelar Alam Melayu itu. Makanya di sini, kami akan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat yang jauh lebih baik daripada hanya menyebut-nyebut beberapa wilayah dan nama orang yang berkaitan kepada Alam Melayu, dan tumpuan kami adalah India dan Alam Melayu.