PERKEMBANGAN LOGIK DI INDIA DAN PENGARUHNYA KEPADA ALAM MELAYU
No Thumbnail Available
Date
2012-11-09
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Pada Makalah ini akan dibincangkan perkembangan bidang pengetahuan yang digelar
epistemologi dan logik di India, bukan sepertimana biasa membincangkannya di Greek, seolaholah
seluruh hal berkaitan bidang ini datangnya dari Greek. Sarjana-sarjana Barat baru sahaja
mengiktiraf kewujudan bidang ini di India menerusi buku yang popular ditulis oleh Bochenski
(1956), yang memaparkan sejarah perkembangan logik di Eropah/Barat, Islam dan India.
Pengiktirafan Bochenski tersebut tidaklah bermaksud tiadanya langsung wujud perbincanganperbincangan
berkenaan perkembangan logik di India sebelumnya, ini cumaM bermaksud
perbincangan tersebut berpindah dikalangan sejarawan kepada logikawan. Selepas daripadanya,
logik India mula dikaji secara lebih saintifik, terutamanya dibandingkan dengan logik Barat.
Makanya, banyak dasar-dasar logik India disamatarafkan dengan dasar-dasar logik Barat. Namun,
satu perkara yang masih belum dijelaskan dengan baik adalah, adakah logik Greek ambilan
daripada logik India, atau sebaliknya? Tiada yang mampu membahas isu ini. Satu perkara lagi
yang tidak dijelaskan dengan baik adalah tentang hubungan India dengan Alam Melayu dalam
bidang logik. Selalunya, apabila berbicara berkenaan logik di Alam Melayu, semuapun yang
berbincang berkenaan sejarah logik di dunia menyepi, kalau adapun, sekali-sekala tersentuhlah
beberapa wilayah berkaitan Alam Melayu, seperti "Funan", "Campa", "Sriwijaya", "Acheh",
"Patani", "Melaka" dan sebagainya. Inilah sahaja pengiktirafan tarhadap perkembangan logik di
Alam Melayu yang ditulis oleh sejarawan logik India dan Islam. Sejarawan logik Eropah/Barat
mungkin sahaja tidak tahu dimanakah kedudukan yang digelar Alam Melayu itu. Makanya di sini,
kami akan berusaha mengumpulkan maklumat-maklumat yang jauh lebih baik daripada hanya
menyebut-nyebut beberapa wilayah dan nama orang yang berkaitan kepada Alam Melayu, dan
tumpuan kami adalah India dan Alam Melayu.