DINAMIKA PARTI POLITIK PADA MASYARAKAT PEDESAAN DI KELURAHAN AIR TIRIS, KECAMATAN KAMPAR, KABUPATEN KAMPAR, PROVINSI RIAU
No Thumbnail Available
Date
2013-05-31
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Penyelidikan tentang kehidupan parti politik di desa/kelurahan Air Tiris pada
pilihan raya 1997, 1999, 2004 dan 2009 bertujuan mendeskripsikan wilayah pilihan
raya kelurahan Air Tiris, mendeskripsikan Parti Persatuan Pembangunan dan
menjelaskan faktor-faktor pengaruh perolehan suara Parti Persatuan Pembangunan di
kelurahan Air Tiris pada pilihan raya 1997, 1999, 2004, dan 2009. Teori yang
mengulas pengaruh kepercayaan keagamaan, identifikasi parti, dan kepemimpinan
digunakan untuk menganalisis perolehan suara PPP di kelurahan Air Tiris pada pilihan
raya 1997, 1999, 2004 dan 2009, yang cenderung mengalami penurunan. Hasil
penyelidikan menunjukkan bahawa ditemukan dua factor utama yang mempengaruhi
perolehan suara PPP pada pilihan raya 1997,1999, 2004 dan 2009 di desa/kelurahan
Air Tiris, iaitu : pertama, melonggarnya kaitan antara identitas agama dengan perilaku
memilih dalam pilihan raya, dan kedua, dominasi elit politik.
Description
Keywords
parti politik, agama, pilihan raya