PELANCONGAN DI INDONESIA DAN MALAYSIA: SATU KAJIAN DESKRIPTIF

No Thumbnail Available

Date

2014-02-18

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Abstract

Kajian deskriptif ini bertujuan menganalisis pelancongan negara Indonesia dan Malaysia berdasarkan reka bentuk kajian kepustakaan. Hasil kajian ini begitu signifikan dalam penyeneraian usaha yang perlu dilakukan oleh pembuat keputusan strategik dan holistik dalam mempertahankan dan seterusnya meningkatkan jumlah pelancong di kedua-dua negara. Hasil kajian mendapati tujuan pelancong datang ke Malaysia adalah kerana pelancongan pendidikan dan pelancongan kesihatan. Manakala pelancong dari Malaysia yang datang melancong ke Indonesia bertujuan pelancongan rekreasi dan membeli-belah. Kajian ini mencadangkan bahawa satu usaha murni perlu dipraktikkan oleh kerajaan Malaysia dan pemain industri di Malaysia seperti menitik beratkan dimensi memberikan layanan yang baik dan selesa kepada pelancong seperti keramahan oleh pegawai Imigresen, perkhidmatan yang memuaskan oleh para jururawat kesihatan, fasiliti yang baik dan terkini di bidang kesihatan, dan juga keramahan oleh kakitangan university dengan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Kerajaan Indonesia pula perlu memainkan peranan yang penting dan dinamik dengan menyediakan layanan yang baik seperti kejujuran pemandu teksi, mengatasi masalah kekotoron pusat-pusat makanan, menyediakan fasiliti pelancongan yang selesa berdasarkan jangkaan pelancong seperti sistem pengangkutan dan penginapan yang selesa dan kawasan rekreasi yang terpelihara dengan baik.Pemain industri pelancongan di Indonesia dan Malaysia harus sentiasa menjaga kualiti tempat-tempat pelancongan disamping memberikan perkhidmatan yang baik, selesa dan berkualiti.Usaha ini akan dapat menarik hati pelancong sedia ada dan pelancong baru dan akhirnya dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.Arah tuju untuk penyelidikan masa depan juga ada dibentangkan.

Description

Keywords

Pelancongan, Perkhidmatan, Fasiliti, Deskriptif, Indonesia, Malaysia

Citation

Collections