PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE STAD DENGAN PENDEKATAN INDUKTIF UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIKA PELAJAR TAPUNG HILIR KAMPAR RIAU
No Thumbnail Available
Date
2015-01-20
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menerapkan model pembelajaran kooperatif tipe STAD
dengan pendekatan induktif untuk meningkatkan pencapaian matematika pelajar Sekolah Rendah
Tapung Hilir Kampar Riau. Kajian ini merupakan kajian tindakan kelas yang dilaksanakan
terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah darjah Va SD Negeri 005 Tapung Hilir Kampar Pekanbaru
Riau yang terdiri dari 30 orang pelajar. Penelitian ini bertujuan untuk memperbaiki proses
pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematika pelajar sekolah rendah darjah Va SD
Negeri 005 Tapung Hilir melalui penerapan model pembelajaran kooperatif tipe Student Team
Achievement Division (STAD) dengan pendekatan induktif. Hipotesis tindakan kajian ini adalah
jika model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif diterapkan pada
materi melakukan operasi hitung nombor pada pelajar sekolah rendah darjah Va SDN 005 Tapung
Hilir, maka diharapkan proses pembelajaran membaik dan pencapaian belajar matematika pelajar
meningkat. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua siklus dengan memperhatikan setiap aktiviti
proses pembelajaran. Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian
matematika pelajar yang menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mencapai Kriteria
Ketuntasan Minimum (KKM) sebelum dilakukan tindakan 16 orang, pada siklus I terdapat 24
orang dan siklus II 25 orang yang telah mencapai KKM. Hasil penelitian menunjukkan bahawa
penerapan model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif dapat
memperbaiki proses pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematika pelajar sekolah
rendah darjah Va SD Negeri 005 Tapung Hilir Kampar Riau.