TIGA DASAWARSA PENGALAMAN MENYEMBUL UNSUR ETNOSAINS MATEMATIK RUMPUN MELAYU
No Thumbnail Available
Date
2012-11-09
Authors
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Etnomatematik di Malaysia secara tidak langsungnya bermulai pada tahun 1978 lagi, menerusi
penubuhan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), yang memperjuangkan "sains Islam" dan
"penglslaman sains dan teknologi", kerana sebab dan tujuannya, dalam suatu aspeknya, sama
seperti yang berlaku pada terbitnya etnomatematica di Brazil tajaan D'Ambrosio 1975 (yang
terbukti setakat ini) dan ethnomathematics di Amerika Syarikat (AS) menerusi penubuhan
International Study Group on Ethnomathemtics dalam tahun 1985, di AS tajaan bersama
D'Ambrosio. Yang dimaksudkan dengan aspek kesamaan itu ialah segi penggalian sejarah
matematik terhadap sesuatu kumpulan etnik atau bangsa pribumi yang terjajah selama ini (oleh
Eropah) untuk membebaskan bangsa itu daripada cengkaman penjajahan minda di dalam
pendidikan bidang ini, dan sekaligus membangkitkan keyakinan diri dan patriotisme baru di
kalangan bangsa tersebut. Namun nama etnomatematik atau lebih am lagi etnosains matematik di
Malaysia hanya muncul dalam tahun 1996 dengan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Etnosains
Matematik Melayu di ATMA, UKM yang dianggotai oleh penulis ini sebagai ahli sub-bidang di
dalam kumpulan penyelidikan yang lebih besar, Kumpulan Penyelidikan Etnosains dan
Etnoteknologi Melayu di universiti tersebut. Perbezaan yang ketaranya antara etnomatematik
Pertugisan dan Inggerisan dengan etnomatematik rumpun Melayu tajaan penulis Ini sejak
penglibatannya dengan ASASI dan seterusnya penajaan perluasannya kepada pemeribumian ilmu
1995, induk etnosains di Malaysia, dijelaskan. Berbezanya pemeribumian ilmu di Malaysia dengan
indigenization of knowledge yang sedia ada di luar Malaysia juga diterangkan. Latar belakang
inilah menjadikan berbezanya kegiatan etnosains matematik di Malaysia dengan etnosains
matematik yang dipengaruhi oleh gagasan D'Ambrosio itu. Ekorannya maka wujudlah dua kaedah
besamya di dalam amalan etnosains matematik Malaysia, iaitu penerapan doktrin kosmologi etnik
itu sendiri (Melayu-Islam) untuk menghasilkan sains baru, sains Melayu, atau lebih lunaknya,
etnosains Melayu, daripada sains matematik kontemporer daripada Barat, sains Barat, atau
sebenamya etnosains Barat, dan pentelaahan prasasti rumpun Melayu pra-Islam, manuskrip
rumpun Melayu-Islam (Melayu Jawi), dan sastera lisan rumpun Melayu, untuk menyembulkan
unsur-unsur sains matematik yang terpendam di dalamnya, iaitu mulanya seadanya sahaja yang
dipaparkan secara dominannya di dalam bahasa bersama etnik itu sendiri (bahasa Melayu) dan
selanjutnya sebahagiannya mungkin sesuai dikontemporerkan juga menerusi doktrin kosmologi
Melayu-Islam seperti yang dilakukan terhadap ilmu kontemporer Barat itu juga Contoh-contoh
konkret hasil penyembulan (etnosains) matematik Barat kontemporer kepada etnosains matematik
rumpun Melayu oleh penulis dan rakan-rakannya dipaparkan satu persatu di dalam bidang yang
diceburinya selama tiga dasawarsa ini. Bidang itu ialah matematik kewangan dan perbankan;
pengoptimuman; teori Einstein dan teori quantum; teori kebarangkalian, kemungkinan, set dan
mantik; pendidikan dan pengajaran matematik sekolah dan universiti. Kajian dilakukan terhadap
belasan prasasti mmpun Melayu sejak abad ke-5 M hingga abad ke-14 M; dan 12 buah manuskrip
jawi; peribahasa dan beberapa buah cerita rakyat. Akhimya dibentangkan kajian baru sama sekali
sekurang-kurangnya di Malaysia yang dinamainya etno-epistemologi sains matematik mmpun
Melayu khususnya peranan bahasa di dalam penjanaan sains matematik dengan beberapa hasil
konkrit yang diperolehnya setakat mi.