PENERAPAN MODEL PEMBELAJARAN KOOPERATIF TIPE STAD DENGAN PENDEKATAN INDUKTIF UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MATEMATIKA PELAJAR TAPUNG HILIR KAMPAR RIAU
No Thumbnail Available
Date
2013-07-11
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menerapkan model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif untuk meningkatkan pencapaian matematika pelajar Sekolah Rendah Tapung Hilir Kampar Riau. Kajian ini merupakan kajian tindakan kelas yang dilaksanakan terhadap pelajarāpelajar sekolah rendah darjah Va SD Negeri 005 Tapung Hilir Kampar Pekanbaru Riau yang terdiri dari 30 orang pelajar. Penelitian ini bertujuan untuk memperbaiki proses pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematika pelajar sekolah rendah darjah Va SD Negeri 005 Tapung Hilir melalui penerapan model pembelajaran kooperatif tipe Student Team Achievement Division (STAD) dengan pendekatan induktif. Hipotesis tindakan kajian ini adalah jika model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif diterapkan pada materi melakukan operasi hitung nombor pada pelajar sekolah rendah darjah Va SDN 005 Tapung Hilir, maka diharapkan proses pembelajaran membaik dan pencapaian belajar matematika pelajar meningkat. Kajian ini dilaksanakan sebanyak dua siklus dengan memperhatikan setiap aktiviti proses pembelajaran. Hasil penelitian ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian matematika pelajar yang menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang mencapai Kriteria Ketuntasan Minimum (KKM) sebelum dilakukan tindakan 16 orang, pada siklus I terdapat 24 orang dan siklus II 25 orang yang telah mencapai KKM. Hasil penelitian menunjukkan bahawa penerapan model pembelajaran kooperatif tipe STAD dengan pendekatan induktif dapat memperbaiki proses pembelajaran dan meningkatkan pencapaian matematika pelajar sekolah rendah darjah Va SD Negeri 005 Tapung Hilir Kampar Riau.