Abstract:
Migrasi tenaga kerja kini telah menjadi sumber pendapatan yang penting bagi beberapa negara dan
fenomena ini telah dilanjutkan oleh pengaruh globalisasi. Migrasi Tenaga Kerja Asing (TKA) ke Malaysia berasal
dari Indonesia, Nepal, Banglades, India, Filipinadan Iain-Iain. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberadaan
TKA di Malaysia dari tahun 2002-2007. Metode kajian yang digunakan berbentuk kualitatif iaitu dengan
menggunakan kaedah analisis kandungan menggunakan bahan-bahan rujukan seperti buku, jurnal, majalah dan
sebagainya serta kaedah interview dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti TKA di Malaysia. Untuk menganalisa
keberadaan TKA digunakanlah teori globalisasi dan interdependence, dimana pada tahun 2007 lebih 2.5 juta
TKA sedang bekerja di Malaysia.