DSpace Repository

TIGA DASAWARSA PENGALAMAN MENYEMBUL UNSUR ETNOSAINS MATEMATIK RUMPUN MELAYU

Show simple item record

dc.contributor.author b.M.Z, Shaharir
dc.date.accessioned 2012-11-10T04:39:41Z
dc.date.available 2012-11-10T04:39:41Z
dc.date.issued 2012-11-09
dc.identifier.isbn 978-979-1222-95-2
dc.identifier.uri http://hdl.handle.net/123456789/460
dc.description.abstract Etnomatematik di Malaysia secara tidak langsungnya bermulai pada tahun 1978 lagi, menerusi penubuhan Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), yang memperjuangkan "sains Islam" dan "penglslaman sains dan teknologi", kerana sebab dan tujuannya, dalam suatu aspeknya, sama seperti yang berlaku pada terbitnya etnomatematica di Brazil tajaan D'Ambrosio 1975 (yang terbukti setakat ini) dan ethnomathematics di Amerika Syarikat (AS) menerusi penubuhan International Study Group on Ethnomathemtics dalam tahun 1985, di AS tajaan bersama D'Ambrosio. Yang dimaksudkan dengan aspek kesamaan itu ialah segi penggalian sejarah matematik terhadap sesuatu kumpulan etnik atau bangsa pribumi yang terjajah selama ini (oleh Eropah) untuk membebaskan bangsa itu daripada cengkaman penjajahan minda di dalam pendidikan bidang ini, dan sekaligus membangkitkan keyakinan diri dan patriotisme baru di kalangan bangsa tersebut. Namun nama etnomatematik atau lebih am lagi etnosains matematik di Malaysia hanya muncul dalam tahun 1996 dengan penubuhan Kumpulan Penyelidikan Etnosains Matematik Melayu di ATMA, UKM yang dianggotai oleh penulis ini sebagai ahli sub-bidang di dalam kumpulan penyelidikan yang lebih besar, Kumpulan Penyelidikan Etnosains dan Etnoteknologi Melayu di universiti tersebut. Perbezaan yang ketaranya antara etnomatematik Pertugisan dan Inggerisan dengan etnomatematik rumpun Melayu tajaan penulis Ini sejak penglibatannya dengan ASASI dan seterusnya penajaan perluasannya kepada pemeribumian ilmu 1995, induk etnosains di Malaysia, dijelaskan. Berbezanya pemeribumian ilmu di Malaysia dengan indigenization of knowledge yang sedia ada di luar Malaysia juga diterangkan. Latar belakang inilah menjadikan berbezanya kegiatan etnosains matematik di Malaysia dengan etnosains matematik yang dipengaruhi oleh gagasan D'Ambrosio itu. Ekorannya maka wujudlah dua kaedah besamya di dalam amalan etnosains matematik Malaysia, iaitu penerapan doktrin kosmologi etnik itu sendiri (Melayu-Islam) untuk menghasilkan sains baru, sains Melayu, atau lebih lunaknya, etnosains Melayu, daripada sains matematik kontemporer daripada Barat, sains Barat, atau sebenamya etnosains Barat, dan pentelaahan prasasti rumpun Melayu pra-Islam, manuskrip rumpun Melayu-Islam (Melayu Jawi), dan sastera lisan rumpun Melayu, untuk menyembulkan unsur-unsur sains matematik yang terpendam di dalamnya, iaitu mulanya seadanya sahaja yang dipaparkan secara dominannya di dalam bahasa bersama etnik itu sendiri (bahasa Melayu) dan selanjutnya sebahagiannya mungkin sesuai dikontemporerkan juga menerusi doktrin kosmologi Melayu-Islam seperti yang dilakukan terhadap ilmu kontemporer Barat itu juga Contoh-contoh konkret hasil penyembulan (etnosains) matematik Barat kontemporer kepada etnosains matematik rumpun Melayu oleh penulis dan rakan-rakannya dipaparkan satu persatu di dalam bidang yang diceburinya selama tiga dasawarsa ini. Bidang itu ialah matematik kewangan dan perbankan; pengoptimuman; teori Einstein dan teori quantum; teori kebarangkalian, kemungkinan, set dan mantik; pendidikan dan pengajaran matematik sekolah dan universiti. Kajian dilakukan terhadap belasan prasasti mmpun Melayu sejak abad ke-5 M hingga abad ke-14 M; dan 12 buah manuskrip jawi; peribahasa dan beberapa buah cerita rakyat. Akhimya dibentangkan kajian baru sama sekali sekurang-kurangnya di Malaysia yang dinamainya etno-epistemologi sains matematik mmpun Melayu khususnya peranan bahasa di dalam penjanaan sains matematik dengan beberapa hasil konkrit yang diperolehnya setakat mi. en_US
dc.description.provenance Submitted by wahyu sari yeni (ayoe32@ymail.com) on 2012-11-10T04:39:41Z No. of bitstreams: 1 shaharir1.PDF: 1922664 bytes, checksum: c052c6498e52b4e3573537d208cc4f2c (MD5) en
dc.description.provenance Made available in DSpace on 2012-11-10T04:39:41Z (GMT). No. of bitstreams: 1 shaharir1.PDF: 1922664 bytes, checksum: c052c6498e52b4e3573537d208cc4f2c (MD5) en
dc.language.iso en en_US
dc.title TIGA DASAWARSA PENGALAMAN MENYEMBUL UNSUR ETNOSAINS MATEMATIK RUMPUN MELAYU en_US
dc.type Article en_US


Files in this item

This item appears in the following Collection(s)

Show simple item record

Search DSpace


Advanced Search

Browse

My Account