Abstract:
Kertas konsep ini bertujuan untuk membincangkan profil stail belajar murid-murid sekolah rendah
berdasarkan perbezaan pencapaian mereka antara kelas terbaik, sederhana dan lemah. Stail belajar
memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Pelbagai cara yang boleh digunakan
untuk belajar, namun kadang kala proses pembelajaran dan pengajaran tidak bersesuaian dengan muridmurid
menyebabkan murid-murid kurang berminat untuk belajar. Di samping itu kajian ini juga bertujuan
untuk melihat perbezaan pencapaian antara jantina serta demografi murid berdasarkan status sosio
ekonomi mereka. Dapatan daripada kajian-kajian lepas menunjukkan bahawa terdapat perbezaan stail
belajar antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Stail belajar yang dimiliki oleh murid-murid dapat
membantu mereka mengenalpasti situasi pembelajaran dan seterusnya mempertingkatkan prestasi mereka.
Murid-murid yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih mudah
membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Oleh itu diharapkan kertas konsep ini
dapat dijadikan panduan kepada semua pihak khususnya dalam kalangan pendidik untuk merancang
dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan berdasarkan stail belajar muridmurid