RELATIONSHIP BETWEEN LANGUAGE LEARNING STRATEGIES USED BY PEKANBARU SENIORI HIGH SCHOOL STUDENTS AND THEIR SOCIAL ECONOMICS, ACADEMIC AND SITUATIONAL FACTORS

No Thumbnail Available

Date

2014-01-27

Journal Title

Journal ISSN

Volume Title

Publisher

Abstract

Kajian ini memperihalkan satu kajian awal yang direka bentuk: a) untuk mengenal pasti jenis-jenis strategi pembelajaran Bahasa Inggeris, yang digunakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Pekanbaru, b) untuk melihat perbezaan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa yang digunakan antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan, dan c) untuk melihat perkaitan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan kejayaan pembelajaran bahasa pelajar berdasarkan dapatan kajian. Data kajian dikurnpul dengan menggunakan soal selidik SILL (Oxford 1990). Subjek kajian terdiri daripada 400 orang pelajar sekolah menengah di Pekanbaru, Riau, Indonesia Ujian korelasi Pearson telah dijalankan ke atas data soal selidik bagi menentukan hubungan antara penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian bahasa pelajar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang positifantara penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan kejayaan pembelajaran bahasa pelajar. Pelajar yang Berjaya (iaitu berpencapaian tinggi) menggunakan lebih banyak strategi pembelajaran bahasa berbanding dengan pelajar yang kurang berjaya (iaitu berpencapaian rendah).

Description

Keywords

Citation